James Cameron Dedahkan Alasan Mengapa Jack Mati Dalam Filem Titanic

Filem Titanic boleh dikatakan sebagai salah satu filem yang tidak lapuk dek zaman. Meskipun sudah 20 tahun ditayangkan tetapi setiap adegen dalam filem itu masih melekat dalam ingatan, dan itu termasuklah adegen terakhir filem itu yang boleh dikatakan paling menyedihkan.

Ini kerana, diakhir filem itu, Jack telah mengorbankan dirinya sendiri demi menyelamatkan kekasihnya, Rose. Yang pastinya, pengakhiran itu telah menyebabkan ramai orang mempertikaikan yang Jack tidak sepatutnya dan tidak akan mati jika Rose berkongsi tempat dengan Jack.

Selepas 20 tahun hidup dalam persoalan mengenai mengapa Jack mati, pengarah filem itu, James Cameron akhirnya mendedahkan alasan sebenar yang membuatkan dia mematikan watak Jack dalam filem Titanic.

Menurut Vanity Fair, James mengatakan yang di dalam skrip muka surat 147 Jack dikatakan akan mati. Papan itu memang cukup besar untuk menampung Rose tetapi ia tidak untuk menampung Jack, jadi, kematian Jack adalah disebabkan oleh artisitik.

Oleh itu, James merasakan itu seperti kurang cerdik kerana orang masih membincangkan mengenai isu kematian Jack meskipun 20 tahun telah berlalu. Namun, James menegaskan yang dia sedikit pun tidak menyesal dengan keputusannya untuk mematikan watak Jack kerana itu cara untuk membuatkan Jack disayangi penonton.

Betul juga, jika filem ‘Titanic’ berakhir dengan kebahagiaan, mungkin ia tidak akan menjadi hit seperti yang berakhir dengan kesedihan. Mungkin kematian Jack itu juga memainkan peranan penting yang membuatkan filem ‘Titanic’ masih diminati sehingga kini. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *