Janda Indonesia umpan khidmat urut sebelum curi barang rumah

Taktik licik seorang wanita warganegara Indonesia kononnya mahu mencari rumah sewa dan menawarkan khidmat urut sebelum bertindak mencuri, akhirnya telah menerima padah apabila suspek telah ditangkap pihak polis.

Suspek yang berusia 43 tahun itu merupakan seorang janda, dia menjadikan wanita suri rumah sebagai sasaran untuk merompak rumah mereka kerana kebanyakkan mereka tinggal bersendirian antara jam 10 pagi dan 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor memaklumkan suspek telah berjaya ditahan pihak polis ketika serbuan di rumahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Malah wanita itu juga dipercayai telah mencuri lebih 30 buah rumah.

“Siasatan polis mendapati wanita itu menjadikan suri rumah sebagai sasaran dan suspek pergi kerumah-rumah mangsa yang kebanyakannya tinggal sendirian antara jam 10 pagi dan 12 tengah hari.

“Wanita yang tiada dokumen perjalanan diri itu terlibat dalam kegiatan berkenaan sejak awal Januari lalu dan dipercayai mencuri lebih 30 buah rumah di sekitar daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah (SPT),” katanya.

Suspek juga melakukan kegiatan mencuri itu secara bersendirian dengan menggunakan motosikal yang dipinjam. Motosikal pinjam itu akan digunakan untuk kegiatan mencuri dan mencari rumah mangsa.

Hasil tangkapan wanita Indonesia itu, polis telah berjaya menemui pelbagai barang hasil curi seperti barang kemas, telefon bimbit, surat pajak, beg tangan dan pakaian.

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke rumah terutamanya wanita yang sedang bersendirian di rumah.

Penjenayah seperti ini dikesan bijak untuk mencari mangsa dan waktu yang sesuai untuk melakukan kegiatan mencuri ini berikutan sedar ramai wanita yang tinggal bersendirian di rumah pada jam 10 pagi dan 12 tengah hari. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *