Jangan abaikan suntikan Vaksin jika mahu tunaikan Umrah

Musim cuti sekolah ini, pasti ramai umat Islam yang berkemampuan mengambil peluang untuk mengerjakan ibadah umrah bersama ahli keluarga di tanah suci.

Sebelum mahu tunaikan ibadah umrah itu, umat Islam disarankan mengambil suntikan vaksin terlebih dahulu. Suntikan itu amat penting bagi mengelakkan jemaah dari terkena sebarang penyakit berbahaya dan membawa maut.

Kerajaan Arab Saudi menyarankan pengambilan suntikan vaksin kepada mereka yang ingin menunaikan ibadahdi tanah suci itu. Vaksin yang perlu diabil oleh jemaah itu dikenali sebagai meningokokus kuadrivalen, jika vaksin itu tidak diambil permohonan visa tidak akan diluluskan.

Antara penyakit berbahaya yang boleh dijangkiti jika tidak mengambil vaksin adalah penyakit radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang yang boleh membawa maut.

Sejak tahun 1988, kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan bakal-bakal haji dan umrah mendapatkan vaksin tersebut.

Pakar Perunding Kanan Respiratori Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Abdul Razak Abdul Muttalif memaklumkan, penyakit itu disebabkan bakteria Neisseria meningitides boleh menyebabkan kompilkasi serius seperti radang selaput otak dan saraf tunjang atau meningitis.

“Ia juga boleh menjadi punca berlakunya septisemia atau jangkitan kuman dalam darah. Situasi ini boleh menyebabkan risiko kecacatan kekal, pekak, kecacatan saraf dan kehilangan anggota badan.

“Dalam hal ini, kadar risiko kematian bagi kedua-dua komplikasi itu masing-masing mencecah sehingga 10 peratus dan 40 peratus,” ujarnya.

Malah, penyakit itu juga mudah merebak melalui cecair saluran pernafasan apabila jemaah bersin, batuk, berkongsi garfu, sudu dan sebagainya.

Ada antara individu yang terdedah dengan bakteria itu akan mendapat penyakit, manakala ada individu jadi pembawa bakteria tersebut.

Oleh sebab itu, pemberian vaksinasi seperti ini sangat penting untuk melindungi diri dan masyarakat. Janganlah mengambil mudah dan mempersoalkan lagi mengambil setiap jemaah haji dan umrah diminta mengambil vaksin.

Apapun, vaksin ini perlu diambil sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh ketibaan di Tanah Suci. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *