Jangan Percaya Dengan 5 Mitos Jangkitan HIV/AIDS Ini

HIV adalah singkatan daripada Human Immunodeficiency Virus yang menyerang sistem pertahanan badan manusia dan sekaligus menyebabkan seseorang itu terdedah dengan penyakit AIDS.

Perbezaannya adalah, HIV merupakan sejenis virus yang menyerang sistem pertahanan badan manusia. Manakala AIDS pula adalah sejenis penyakit yang terhasil daripada jangkitan virus HIV tadi.

Walaupun HIV/AIDS ini adalah penyakit yang boleh berjangkit, namun terdapat banyak mitos yang terlah disalah anggap tentang penghidap virus merbahaya ini. Contohnya seperti, jika duduk serumah maka semua ahli didalam rumah tersebut akan mendapat penyakit yang sama.

Ini adalah beberapa mitos dan fakta yang harus anda ketahui jika mempunyai teman/ahli keluarga yang menghidap penyakit ini;

1. Berkongsi Makan Dengan Pesakit HIV

HIV adalah sejenis virus yang aktif di dalam tubuh badan tetapi ianya tidak dapat bertahan lama jika terdedah kepada keadaan persekitaran luar. Ini kerana kuman HIV akan musnah apabila terkena oksigen ataupun sinaran matahari. Untuk itu, menjauhkan diri daripada pesakit HIV adalah satu ketidakadilan kepada mereka. Ini kerana pesakit HIV juga adalah insan biasa yang memerlukan rawatan tambahan disebabkan tahap imunisasi dalam badannya lemah.

2. AIDS Disebar Melalui Gigitan Nyamuk

AIDS merupakan penyakit tahap akhir akibat daripada jankitan virus HIV. Jadi, apabila seekor nyamuk menggigit, darah daripada saluran darah yang diambil (dari orang yang mungkin telah dijangkiti HIV) tidak akan disuntik masuk kedalam badan kita. Oleh itu, tiada kemungkinan untuk terkena jangkitan HIV melalui gigitan nyamuk ataupun serangga.

3. Hanya Seks Bebas Yang Boleh Terkena AIDS

Ramai orang percaya bahawa hanya pekerja seks/ GRO sahaja yang terdedah kepada jankitan HIV kerana mereka sering bertukar ganti pasangan. HIV juga boleh terjadi kepada pasangan normal, tetapi kebanyakkan kita tidak mengetahuinya. Oleh disebabkan itu, adalah lebih baik jika anda mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat pemeriksaan di hospital untuk membebaskan diri daripada terkena virus HIV ataupun penyakit lain seperti penyakit kelamin, STD dan sebagainya.

4. HIV/AIDS Disebabkan Pemindahan Organ

Selain darah, organ dalaman badan juga telah dijangkiti kuman HIV. Maka dengan melakukan pemindahan organ juga boleh menyebabkan anda terkena jangkitan penyakit merbahaya ini.

5. Bayi Baru Lahir Boleh Dijangkiti Daripada Ibu

Kanak-kanak mungkin akan dijangkiti virus HIV ini semasa didalam kandungan lagi ataupun semasa menyusu badan dengan ibu mereka. Walau bagaimanapun, jika bapa bayi tersebut sihat manakala ibunya sahaja yang positif HIV, maka si anak itu tadi berkemungkinan tidak akan mendapat penyakit ini. Akan tetapi sebaiknya terus melalukan pemeriksaan sejurus selepas bersalin supaya virus tersebut tidak masuk ke dalam badan si anak.

Bagi pasangan Islam memang diwajibkan untuk membuat ujian saringan HIV jika mahu mendirikan rumah tangga supaya dapat mengetahui status kesihatan mereka. Akan tetapi, ia juga tidak menjamin yang pasangan itu bebas daripada HIV selepas berkahwin. Oleh itu, lakukanlah pemeriksaan di hospital dan berbincang tentang hal ini demi menentukan masa depan yang baik untuk keluarga anda. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *