Jangan Tinggalkan Pinggan Mangkuk Tak Berbasuh Sebelum Tidur

Anak-anak dara zaman sekarang ni kebanyakkanya suka mengambil mudah dan tidak peduli tentang kebersihan dalam rumah. Banyak kita tengok rumah-rumah sewa yang dibiarkan dalam keadaan teruk dan kotor. Mereka hanya petingkan kecantikan diri sahaja. Jangan ya, seseungguhnya sifat ini sangat dibenci oleh Allah S.W.T.

Selalunya kalau di rumah kita asyik dengar mak membebel pasal jangan tinggalkan pinggan mangkuk kotor dalam singki sebelum masuk tidur, baru murah rezeki. Hari-hari mak kita pesan benda yang sama. Sampaikan sudah jadi tabiat sesetengah orang sebelum tidur make sure dapur bersih dulu.

Tapi tau tak kenapa? Selain daripada elak dapur diserang lipas ataupun tikus, ada jugak mahluk lain yang akan menumpang makan sisa-sisa makanan tu. Tong sampah juga perlu dibersihkan, buang sampah ataupun ikat plastik sampah jangan biarkan ia terdedah.

Bahkan hal ini juga bertepatan dengan ajaran Islam;

” Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pinggan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan. Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.”

Jom dengar sikit kata-kata dari Datuk Ustaz Kazim Elias dibawah ni

Oleh itu, mulai harini buangkan lah sifat malas dalam diri tu rajin-rajin lah kemas dapur sebelum masuk tidur. Bukannya lama pun sekejap je. Rumah pun jadi bersih dan wangi. Apa yang penting, amalan sunnah Rasulullah S.A.W ini juga akan membawa seribu satu kebaikan dalam kesejahteraan rumah tangga kita juga kan. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *