Jangan tuduh PTPTN sebuah institusi zalim

Baru-baru ini, terdapat dakwaan segelintir pihak terutamanya pembangkang yang menyifatkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai sebuah institusi kewangan yang zalim kerana sering memufliskan peminjamnya.

Walaupun begitu, Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menyifatkan tuduhan itu tidak benar dan tidak berasas.

Sepanjang penubuhan institusi itu pada 1997, hanya 2 pemimjam daripada 2.8 juta peminjam PTPTN sahaja yang telah diisytiharkan muflis. Pengistiharan muflis itu dibuat bukan secara suka-suka, sebalik kerana peminjam tidak mematuhi keputusan mahkamah yang telah ditetapkan.

“Perisytiharan muflis terpaksa dibuat setelah peminjam tidak dapat mematuhi keputusan mahkamah yang ditetapkan,” kata.

Malah, jika dibandingkan PTPTN dengan institusi kewangan lain yang memberi pinjaman pelajaran, PTPTN adalah institusi yang paling longgar dan paling mudah untuk berunding.

Sementara itu, ada antara peminjam PTPTN telah disenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), Shamsul Anuar menyifatkan ia adalah polisi biasa yang dilakukan oleh mana-mana institusi kewangan negara ini.

Beliau juga merasakan pembangkang menuduh PTPTN institusi zalim kerana memufliskan peminjam sedangkan ia turut dilakukan oleh institusi kewangan lain disebabkan pembangkang mahu menarik perhatian golongan muda yang majoriti peminjam PTPTN.

“Mereka (pembangkang) melihat isu PTPTN topik utama dalam kalangan rakyat dan mereka mahu menggunakan isu ini untuk menarik perhatian generasi muda yang merupakan majoriti peminjam kita.”

“Cara dan trend pembangkang melihat PTPTN ketika ini sedikit berubah, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menggunakan PTPTN untuk menyerang kerajaan, kononnya kalau mereka menang PTPTN akan dimansuhkan, namun sekarang dia pula mahu PTPTN kekal namun perlu ubah beberapa dasar,” katanya.

Mengenai isu sekatan imigresen, Shamsul Anuar memaklumkan polisi ini bukanlah baru tetapi ia selaras dengan Seksyen 22A, Akta PTPTN 1997 (Akta 566) yang membenarkan PTPTN menyenarai hitam peminjam.

Walaubagaimana pun, PTPTN tidak menyenarai hitam kesemua 479,067 peminjam dari membuat perjalanan ke luar negara. Hanya 17% sahaja peminjam yang telah disenari hitamkan.

“PTPTN berpandangan mereka yang ke luar negara adalah mereka yang mampu membuat bayaran balik. Buktinya sejumlah RM1.54 bilion dikutip PTPTN daripada mereka yang membuat bayaran balik selepas nama mereka disenarai hitam, ” katanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *