Janna Nick Anggap Tak Baik Artis Tipu Peminat

Baru-baru ini, akaun Instagram milik pelakon dan juga penyanyi Janna Nick yang mempunyai 3 juta pengikut telah digodam. Namun, disebalik kejadian malang itu, ada beberapa pihak mengatakan yang itu semua hanyalah gimik yang Janna gunakan untuk mempromosikan lagu barunya.

Eh, betul ke? Namun, dalam temu bual bersama akhbar tempata, Janna menafikan dakwaan itu dengan mengatakan yang akaun Instagram-nya benar-benar telah digodam dan ia juga bukanlah gimik untuk promosikan lagu barunya yang bertajuk. ‘Mahu Bercinta’.

Jelas Janna mungkin sesetengah orang merasakan apa yang berlaku padanya itu adalah gimik kerana masih belum ‘move-on’ dengan gimik yang artis lain lakukan tetapi jika apa yang berlaku padanya itu adalah satu gimik sudah pasti dia akan membuatkan ia menjadi lebih menguntungkan.

Ini kerana, disebabkan akaun Instagam kena godam, Janna terpaksa mencari alternatif lain untuk mempromosikan single keduanya itu. Malah, Janna turut mengatakan yang perbuatan artis menipu peminat hanya kerana ingin mempromosi sesuatu adalah satu perbuatan yang tidak baik.

Tambahan Janna, jika gimik yang seseoraang artis itu dilakukan semata-mata kerana ingin mendapat perhatian lebih meskipun dikecam dan kritikan netizen, itu adalah gimik yang tidak perlu dan tidak patut dilakukan.

Batul juga, tapi artis zaman sekarang ini seperti rela diri mereka dikeji dan dikritik asalkan apa yang mereka lakukan atau nama mereka menjadi terkenal. Tapi, netizen pula tidak perlulah sampai terbawa-bawa itu gimik artis itu pada artis lain.

Bukan apa, tidak semua artis perlu gunakan gimik seperti itu untuk promosikan karya mereka. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *