Jus Avacado Baik Untuk Kesihatan Mata Dan Cegah Katarak

Selain daripada lobak merah, avocado juga sangat baik untuk penjagaan mata dan wajah. Akan tetapi disebabkan ianya sangat sukar didapati di sesetengah kawasan, orang ramai lebih memilih lobak merah dan harganya juga jauh lebih mudah berbanding dengan avocado.

Disini kami akan kongsikan dengan anda semua satu resepi jus avocado yang sedap lagi baik untuk kesihatan. Yang paling penting sedap!

Bahan-bahannya:

1 gelas susu segar
1 biji buah avokado dikorek isinya drpd kulit
1 gelas ais
Sedikit gula jika mahu

Caranya juga sangat mudah:

Campurkan kesemua bahan diatas didalam pengisar kemudian kisar sehingga halus. Anda juga boleh hiaskan dengan cara melilitkan coklat pada gelas dan tuangkan jus yang telah di kisar tadi. Jika tiada coklat, anda juga boleh minum begitu sahaja.

Jangan khuatir rasanya manis berlemak dan sangat sedap.

Walaupun buahnya mahal tetapi khasiat dan manfaat yang terkandung didalamnya memang sangat tidak dapat dinafikan. Antara khasiatnya ialah;

1. Mengawal tekanan darah

2. Menjaga Kesihatan mata

3. Menghilangkan nafas berbau

4. Mencegah penuaan

5. Penjagaan kulit wajah dan badan

6. Mencegah kanser

7. Mengekalkan kesihatan jantung

8. Mengekalkan kesihatan badan

9. Tidak mengandungi kolestrol

10. Sangat sesuai untuk langsingkan badan.

Jadi, apa salahnya sekali sekala tukar selera minum jus avocado pulak kan. Selamat mencuba! – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *