Kebanjiran warga asing di P.Pinang petanda DAP gagal mentadbir dengan baik.

Kerajaan DAP Pulau Pinang disifatkan sebagai tidak memperdulikan sentimen rakyat kerana gagal mengemukakan statistik kebanjiran buruh asing, dan pecahan bidang kemahiran untuk rakyat asing berkenaan selepas dibawa masuk ke negeri ini.

Kegagalan kepimpinan kerajaan DAP yang dikepalai oleh Lim Guan Eng itu menyebabkan rakyat negeri ini terutama belia, sukar mendapat pekerjaan dan terpaksa bersaing dengan pekerja asing yang memono­poli sektor pekerjaan.

Apakah kerajaan DAP hanya membawa masuk warga asing tanpa mengetahui bilangannya? Sekurang-kurangnya kemukakanlah bidang apa yang dikhususkan untuk warga asing supaya rakyat negeri ini tahu.

Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini begitu lantang menyalahkan Kerajaan Pusat berhubung isu lambakan pekerja asing di negeri Pulau Pinang. Mereka cuba mengalihkan perhatian rakyat negeri sedangkan mereka sebenarnya mempunyai kuasa mengawal kemasukan tenaga buruh di negeri berkenaan.

Kegagalan kerajaan DAP didalam melakukan kajian mengawal masalah lambakan warga asing, menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja tidak mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan kepada rakyat, malah mereka juga sebenarnya tidak layak untuk menjadi pentadbir kerajaan.

Inilah maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh Perwakilan UMNO Pulau Pinang, Noor Aeiza Hassan didalam ucapan perbahasannya di Perhimpunan Agung UMNO 2017 pagi ini. – UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *