Kejadian tembakan di lapangan terbang Pulau Corsica, 1 mati 2 cedera

BASTIA, Perancis: Sekurang-kurangnya seorang mati dan dua yang lain cedera dalam kejadian tembakan di sebuah lapangan terbang Pulau Corsica, kata petugas kecemasan.

Kejadian berhampiran pintu masuk Lapangan Terbang Bastia di utara Pulau Mediterranean, menyebabkan seorang lelaki mati akibat tembakan di kepala.

Mangsa kedua cedera akibat beberapa kesan tembakan dan mangsa ketiga hanya mengalami cedera ringan.

Corsica pernah berdepan keganasan pemisah tetapi kumpulan militan utama yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Corsica mengisytiharkan gencatan senjata pada 2014. – AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *