Kelab Peminat Wany Hasrita Bersikap Tidak Profesional?

Setiap peminat yang menyertai kelab peminat mana-mana artis pasti akan berasa teruja untuk menyambut hari kelahiran artis pujaan hati mereka bersama-sama. Dan, itu juga adalah impian kelab peminat Wany Hasrita yang dikenali sebagai Wanynizer.

Disebabkan ingin mengadakan kejutan majlis hari jadi untuk menyambut hari lahir Wany Hasrita, kelab peminatnya telah meminta tajaan barang parti dari sebuah pengusaha bernama BallonBar Enterprise.

Namun, cara wakil kelab peminat Wanynizer meminta sponsor dengan cara yang kurang profesional dan tidak beradap telah membuatkan syarikat barang parti itu berasa tidak puas hati lalu memuat naik ‘screenshot’ itu di laman Facebook mereka.

Pada caption mereka, syarikat itu menulis yang cara ahli kelab peminat Wany Hasrita berurusan dengan mereka itu tidak beradap dan tidak seperti ketika pelakon lelaki terkenal seperti Fattah Amin pun berurusan dengan cara professional.

Dan, sejak posting itu tular di media sosial, netizen turut sama mempertikaikan cara kelab peminat Wany Hasrita yang seperti tidak beradap ketika hendak meminta sponsor dari pihak lain.  Namun, Wany telah menafikan isu itu dan mengatakan mesej itu bukan dihantar oleh kelab peminatnya.

Eh, mungkin yang hantar mesej itu adalah peminat fanatik Wany yang juga teringin untuk menyambut hari lahir Wany. Lagi pula, tak akan lah ahli kelab Wany akan berkelakuan seperti itu, sedangkan mereka pasti tahu itu akan mencemarkan nama baik artis kesayangan mereka.

Tapi, sebenarnya isu ini boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu melalui media sosial. Bukan apa, ia hanya mengeruhkan lagi keadaan. Harap kes salah faham ini dapat diselesaikan dengan cara baik. –utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *