Kenaikan hingga RM20 untuk tambang bas sekolah tahun hadapan

Menjelang sesi baru persekolahan tahun hadapan 2018, tambang bas sekolah mungkin dinaikkan antara RM10 hingga RM20.

Presiden Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia, Mohd. Rofik Mohd. Yusof memaklumkan, kenaikan itu tidak dapat dielakkan kerana banyak kos yang perlu ditanggung pengusaha, terutamanya melibatkan alat ganti dan kos penyelenggaraan.

Selain itu, harga minyak yang tidak menentu pada masa kini juga antara sebab kepada kenaikan tambang bas sekolah tahun depan.

“Kami tidak menolak kemungkinan akan ada pengusaha bas sekolah berbuat demikian untuk membolehkan mereka terus bernafas dan terus memberikan perkhidmatan.

“Dijangka berlaku kenaikan kadar tambang sebanyak RM10 untuk kawasan luar bandar manakala sebanyak RM20 untuk kawasan bandar,” katanya.

Sebelum ini, Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia juga telah mencadangkan kenaikan tambang bas sekolah antara RM10 hingga RM20 sebulan.

Walaupun begitu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi merasakan cadangan itu tidak sesuai dilaksanakan kerana beliau berpendapat harga minyak petrol telah mengalami penurunan tahun lalu.

Pengerusi Pertubuhan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia, Ahmad Fauzi Murad dilaporkan berkata, kenaikan itu diperlukan berikutan tiada kenaikan tambang perkhidmatan berkenaan sejak dua tahun lalu. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *