Kenakan caj masuk tandas pasti jadi ikutan stesen minyak lain

Baru-baru ini, seorang lelaki telah memaklumkan beliau terpaksa membeli kupon jika ingin menggunakan bilik air di sebuah stesen minyak. Perkara itu sedikit sebanyak telah mengundang pelbagai komen negatif dari netizen.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Yusof Abdul Rahman memaklumkan, tindakan stesen minyak Shell Pulau Kambing di Kuala Terengganu itu yang mengenakan caj sebanyak RM0.50 kepada pelanggan yang menggunakan tandas perlu diambil tindakan.

Beliau berkata begitu supaya stesen minyak lain tidak akan mengikut langkah yang sama iaitu mengenakan caj kepada pelanggan setiap kali masuk tandas.

“Kalau caj itu tidak wajar. KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu mengambil tindakan kepada stesen minyak ini.

“Ia sudah tentu akan jadi ikutan stesen minyak yang lain kalau tiada tindakan,” katanya.

Tambahnya lagi, penyediaan tandas dan surau di mana-mana stesen minyak adalah untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dalam meningkatkan imej dan prestasi setiap premis perniagaan. Oleh itu, setiap stesen minyak tidak boleh mengambil kesempatan pada nilai tambah itu dengan mengenakan caj bayaran pada pelanggan.

“Tandas itu satu nilai tambah yang sepatutnya disediakan stesen minyak, atau surau itu syarat yang telah ditetapkan sama ada KPDNKK atau PBT yang meluluskan lesen premis,” jelasnya.

Malah, beliau merasakan tidak kiralah tandas itu ‘bertaraf lima bintang’ sekali ia tidak boleh dijadikan sebagai ‘lesen’ untuk membenarkan setiap stesen minyak untuk mengenakan caj pada pelanggan.

Apapun diharap stesen minyak terbabit akan diambil tindakan oleh pihak berkenaan supaya ia dijadikan satu pengajaran pada orang ramai jangan sesekali mengambil kesempatan kepada pelanggan. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *