Kenapa Rasulullah SAW Larang Umat Islam Makan Dan Minum Berdiri

Sejak dari kecil lagi kita diajar untuk duduk ketika sedang makan ataupun minum. Selain daripada mencari rezeki daripada sumber yang halal, Islam juga sangat menitik beratkan umatnya supaya menjaga adab ketika makan dan minum.

Terdapat juga beberapa hadis Rasulullah S.A.W yang menerangkan tentang adab ketika makan dan minum dimana salah satunya adalah melarang umatnya makan dan minum smbil berdiri.

Kata Anas Bin Malik R.A kepada Qatadah,

“Dari Nabi Muhammad SAW di mana beliau melarang seseorang minum sambil berdiri.” Qotadah berkata bahwa mereka kala itu bertanya (pada Anas), “Bagaimana dengan makan (sambil berdiri)?” Anas menjawab, “Itu lebih parah dan lebih buruk.” (HR. Muslim no. 2024).

Jadi, apakah maksud sebenar Rasulullah SAW melarang umatnya makan dan minum sambil berdiri? Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa fakta ilmiah dari segi kesihatan yang dapat dibuat melalui larangan yang telah disampaikan oleh Rasulullah S.A.W iaitu;

1. Tidak Menyegarkan Badan

Jika minum sambil berdiri, air yang diminum akan terus mengalir hingga ke bawah badan dan tidak sempat diserap di seluruh badan. Selain itu, ia juga menyebabkan jantung tidak sempat untuk mengepam air yang mengalir dalam badan anda.

2. Menaikkan Asid Gastrik

Asid gastrik akan naik ke saluran esofagus dan akan membuat sel-sel di saluran kerongkong sakit. Kesakitan ini disebabkan oleh pH asid gastrik yang sangat tinggi ataupun ia juga akan menyebabkan anda terkena ‘Heartburn’ / Pedih ulu hati.

3. Rosakkan Ginjal

Minum sambil berdiri juga akan merosakkan sistem penapisan buah pinggang. Ini kerana sistem penapisan tidak akan berfungsi dengan baik semasa berdiri. Kotoran juga akan terkumpul pada buah pinggang dan pundi kencing dimana akan menyebabkan anda terkena gangguan saluran kencing. Ia juga akan menyebabkan kerosakkan kekal pada buah pinggang anda.

Di dalam sunnah Rasulullah S.A.W akan terkandung mukjizat dan juga manfaat untuk manusia yang dijamin tiada sebarang keraguannya. Apa yang pastinya adalah tingkah laku yang buruk dan tidak bersopan itu terbukti akan memberi kesan yang sangat serius terhadap kesihatan tubah badan kita sendiri. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *