Keputusan AS terhadap Baitulmuqaddis di anggap ‘buka pintu neraka’

Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel di anggap seperti ‘membuka pintu neraka’ kerana dibimbangi akan mencetuskan pertumpahan darah baru di Asia Barat berikutan mendapat bantahan dari seluruh dunia.

Selama tujuh dekad Kota Suci itu dituntut dengan lantang oleh kedua-dua pihak iaitu Israel dan Palestin.

Trump menyifatkan Israel sebuah negara berdaulat dan mereka mempunyai hak untuk menentukan ibu begara mereka sendiri.

“Israel merupakan sebuah negara berdaulat dan mempunyai hak seperti negara berdaulat yang lain untuk menentukan ibu negaranya sendiri.

“Inilah masanya untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel secara rasmi,” katanya.

Tindakan Trump ini dilihat telah membangkitkan kemarahan masyarakat sivil Palestin dan umat Islam seluruh dunia.

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) telah mengadakan mogok dan bantahan di seluruh Tebing Barat semalam. Manakala Hamas iaitu gerakan Islam Palestin yang mentadbir Semenanjung Gaza menggesa ‘hari kemarahan’ pada hari ini.

Hamas telah memberi amaran kepada Trump dan mendakwa tindakan itu seperti membuka ‘pintu neraka’.

Sementara itu Arab Saudi dan lapan negara Bolivia, Mesir, Perancis, Itali, Senegal, Sweden, United Kingdom (UK) dan Uruguay menentang pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memaklumkan, tindakan Trump ini menunjukkan bahawa AS bukan lagi sebagai penaja proses damai. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *