Kerajaan DAP akan lelong pulau buatan selepas menang PRU14

Ramai yang tidak tahu bahawa tiga buah pulau buatan yang bakal dibina di Permatang Damar Laut, akan dilelong oleh kerajaan negeri bagi membiayai usaha Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) sebanyak RM27 bilion, serta bagi menyelesaikan masalah trafik yang semakin teruk.

Pelan itu termasuk pembinaan rel transit aliran ringan (LRT), monorel dan jajaran kereta api, perkhidmatan bas, jalan dan lebuh raya.

Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai Joshua Woo Sze Zeng mendedahkan bahawa Pulau Pinang akan lebih bebas dari kekangan kerajaan persekutuan (dan) mampu memajukan negeri tanpa kekangan jika usaha kerajaan DAP tersebut berjaya.

“Umno-BN tak mahu negeri dikuasai pembangkang berjaya. Jika projek ini berjaya dilaksanakan, Umno-BN akan lebih susah untuk mengambil alih Pulau Pinang. Tambahan lagi, banyak lagi negeri lain akan terinspirasi untuk menjatuhkan mereka (BN)..” kata beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda DAP negeri.

Projek berkenaan – Penang South Reclamation (PSR) – merupakan usaha kerajaan pembangkang Pakatan Harapan untuk menambak tiga buah pulau berukuran 930 hektar, 445 hektar dan 323 hektar di perairan Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul.

Walaupun pemimpin DAP sendiri mengaku bahawa projek tambakan laut tersebut akan menyebabkan kemusnahan terhadap alam sekitar serta ekosistem hidupan laut, tetapi ianya diabaikan kerana mereka lebih mementingkan keuntungan.

Malah, hasil dari kerakusan DAP itu akan menyebabkan rakyat P.Pinang berdepan dengan kehilangan harta warisan yang bakal diperturunkan kepada generasi akan datang.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata, mana-mana projek tambakan laut sekali pun tidak boleh mengelak daripada memberi kesan kepada alam sekitar.

Menurut beliau, antara kesan yang pasti berlaku ialah kemusnahan kawasan pendaratan penyu di perairan itu seperti dilaporkan sebelum ini di Gertak Sanggul; Pantai Pasir Belanda; Teluk Kumbar; Pantai Medan dan Teluk Tempoyak.

Cuba bayangkan P.Pinang tanpa pantai yang indah serta hidupan marin seperti penyu dan juga ikan lumba-lumbanya. Kehidupan tanpa alam sekitar dan kemusnahan laut inilah yang cuba kerajaan DAP buat di P.Pinang demi mengejar keuntungan sendiri.

Risiko kemusnahan ekoran projek tambak laut itu turut dilaporkan dalam laporan awal penilaian kesan alam sekitar (EIA) seperti didedahkan perunding Tetuan Dr. Nik & Associate yang menjalankan kajian tersebut pada sesi dialog bersama nelayan minggu lalu.

Antara rumusan daripada dapatan awal kajian awal itu ialah sesetengah terumbu karang di Pulau Rimau, lokasi pendaratan penyu dan kawasan menangkap ikan di luar pantai selatan negeri ini akan hilang jika projek tebus guna tanah dicadangkan mendapat kelulusan.

Inilah yang berlaku apabila negeri dijajah oleh kapitalis rakus seperti parti DAP dan juga rakan-rakannya didalam Pakatan Harapan. Ini baru sebuah negeri, cuba bayangkan juga bagaimana nasib Malaysia jika diserahkan kepada ‘binatang-binatang politik’ tersebut. –UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *