Kerajaan wujudkan 2.26 juta peluang pekerjaan untuk anak muda

Sebelum ini, Persatuan Majikan Malaysia (MEF) melaporkan peluang pekerjaan untuk graduan pada tahun 2018 akan menjadi lebih sukar. Perkara itu juga sedikit sebanyak telah membuatkan ramai graduan yang mula bimbang dengan status pekerjaan mereka.

Walaubagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memaklumkan, kerajaan sudah menyediakan hampir 2.26 juta peluang pekerjaan pada golongan muda dan menyasarkan 3.3 juta pekerjaan baru menjelang 2020.

Peluang pekerjaan itu mampu di wujudkan kerajaan kerana di era ekonomi digital dengan pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), ia akan menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi digital pertama di dunia dan di luar negara China.

Disebabkan hal itu, kerajaan dijangka akan mampu untuk membuka peluang pekerjaan lebih 60 ribu yang berpendapatan tinggi kepada golongan muda.

“Selain itu, pembangunan Tun Razak Exchange, dijangka akan menjana RM40 bilion kepada ekonomi dan membuka 40 ribu peluang pekerjaan,” katanya.

Malah, pembangunan Bandar Malaysia pula dijangka akan menjana RM170 bilion akan membuka peluang pekerjaan sebanyak 200,000. Bandar Malaysia bakal menjadi satu Bandar Pintar Termoden di rantau ini.

Selain itu, pembangunan Menara Warisan Merdeka-PNB, juga bakal mencipta satu rantaian ekonomi berjumlah RM11 bilion dan menyediakan lebih 10,000 peluang pekerjaan baru.

“Menara setinggi 118 tingkat ini, setakat ini dijangka akan menjadi bangunan ketiga tertinggi di dunia, ” katanya.

Apapun, pasti ramai graduan dan anak muda boleh mula menarik nafas lega apabila mendengar tentang kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri kita ini.

Perkara ini juga menunjukkan tanda kerajaan amat prihatin dengan keperitan yang dihadapi oleh golongan anak muda yang menganggur dan mencari pekerjaan, oleh itu kerajaan membantu rakyat dengan membuka lebih banyak perluang pekerjaan baharu. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *