Kokain seberat lebih 5,800 kilogram diseludup masuk dirampas Sepanyol

MADRID: Sepanyol merampas kokain seberat lebih 5,800 kilogram, yang cuba diseludup masuk ke negara itu menerusi kapal kontena dari Medellin, Colombia.

Rampasan yang dibuat pada 28 Novemver itu adalah yang terbesar di negara itu sejak 18 tahun lalu.

Kokain bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) itu dibungkus dalam blok satu kilogram setiap satu dan dilabel mengikut destinasi penghantaran.

Kementerian Dalam Negeri berkata, kapal terbabit ditahan ketika berlabuh di pelabuhan Algeciras di selatan negara itu.

“Ia dilaporkan membawa muatan pisang menuju ke El Prat de Llobregat, iaitu lapangan terbang di Catalonia dari Colombia,” kata kementerian itu.

Tiga suspek turut ditahan dalam serbuan itu, termasuk ketua syarikat pengimport dari Sepanyol, yang menggunakan kargo itu.

“Kami menjangkakan lebih ramai suspek akan ditahan selepas siasatan dijalankan,” katanya. – REUTERS

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *