Kontroversi Terburuk Bintang Kpop Sepanjang Tahun 2017

Jika anda peminat Kpop pasti anda tahu atau mengikuti berita atau perkembangan mengenai isu-isu kontroversi yang melanda idol Kpop kegemaran anda. Dan, sempena tahun 2017 yang bakal berakhir, salah satu forum atas talian terbesar Korea Selatan memutuskan untuk mengadakan satu kajian.

Portal forum yang bernama, DC Inside itu telah mengadakan satu kajian selama seminggu untuk mencari kontroversi bintang Kpop yanga manakah netizen Korea rasakan paling mengejutkan dan sensasi di sepanjang tahun 2017.

Hasil dari kajian itu menunjukkan ramai netizen di Korea bersetuju kontrversi yang melanda ahli kumpulan Big Bang, TOP adalah kontroversi yang paling terbesar sepanjang tahun 2017. Ini kerana, dari 25, 157 orang pengundi, sebanyak 2,711 orang telah mengundi untuk kes TOP.

Dan, itu sekaligus membuatkan kes menghisap ganja, dibuang dari latihan tentera yang berlaku pada TOP sekitar bulan Oktober lalu adalah kontroversi paling terbesar yang melanda selebriti Korea untuk tahun 2017.

Manakala, di tempat kedua pula adalah milik pelakon ‘Chicago Typewriter’, Yoo Ah In. Nama Yoo Ah In mula menjadi perbualan dan kritikan netizen apabila dia mendapat pengecualian dari menjalani latihan ketenteraan yang wajib dilakukan oleh semua lelaki di Korea Selatan.

Mungkin disebabkan netizen merasakan keputusan pengecualian itu tidak adil, kontroversi Yoo Ah In itu telah mendapat undian sebanyak 2,357 dan ia adalah kontroversi kedua terhangat di Korea Selatan.

Di kedudukan ketiga pula adalah Park Yoo Chun ‘JYJ’ dengan undian sebanyak 2,034 berikutan isu skandal seksual yang melandanya sejak tahun lepas lagi. Nama Park Yoo Chun mula menjadi perhatian netizen selepas seorang mangsa tampil membuat laporan polis.

Namun, selepas siasatan dijalankan terbukti yang Park Yoo Chun tidak bersalah atas semua pertuduhan tetapi meskipun telah terbukti tidak bersalah imej Park Yoo Chun sebagai selebriti dan ‘pubic figure’ telah tercemar.

Selain dari itu, kes gangguan seksual Onew (SHINee), Baekho (NU’EST), insiden DUI Kangin (Super Junior) juga turut tersenarai –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *