Kumpulan Kpop BTS Digilai Remaja Di Amerika

Selepas memenagi anugerah ‘Top Artist’ di Billboard Music Award 2017, dan membuat persembahan di American Music Awards, popularity kumpulan Bangtan Boys (BTS) ternyata semakin tersebar sehingga dikalangan remaja di Amerika.

Ini kerana, lagu terbaru kumpulan idol Korea Selatan yang dianggotai oleh Jin, J-Hope, RM, Suga, Jimin, V, dan Jungkok yang bertajuk ‘DNA’ telah berjaya menewaskan lagu artis-artis terkenal Amerika seperti Taylor Swift, Selena Gomez, dan ramai lagi dan menduduki tempat pertama di ‘Radio Disney Top 30’.

Dan, Radio Disney adalah sebuah rangkaian muzik oleh Disney Channels Worldwide yang majoriti pendengarnya adalah pencinta muzik yang masih remaja.

Wah, ternyata kehebatan BTS bukan sahaja telah berjaya memikat netizen Korea Selatan tetapi juga netizen di Amerika. Pencalonan BTS dalam beberapa carta tertentu di Amerika turut sama membuktikan yang BTS telah berjaya mengembangkan peminatnya ke kalangan remaja.

Malah, menerusi lagu ‘DNA’ itu juga, BTS telah memecahkan rekod mereka sendiri dalam senarai ‘Hot 100 Billboard’. Dan berada di kedudukan nombor 28 dan BTS juga adalah satu-satunya kumpulan K-pop yang berada dalam carta itu.

Bukan itu sahaja, lagu ‘Mic Drop’, BTS versi remix Steve Aoki bersama Desiigner juga turut tersenarai dalam carta itu. Tahniah kepada BTS dan juga peminat mereka, Army. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *