Kumpulan teori konspirasi dakwa kesan UFO bentuk segi tiga berwarna hitam di Rusia

MOSCOW – Sebuah kumpulan teori konspirasi mendakwa telah mengesan objek terbang tidak dikenali (UFO) berbentuk segi tiga dan berwarna hitam di ruang udara Rusia minggu ini.

UFO Today iaitu kumpulan yang berpangkalan di Belgium itu mendakwa, gambar tersebut merupakan bukti terbaik yang pernah direkodkan untuk menjelaskan kewujudan makhluk asing.

Satu klip video yang dimuat naik di laman YouTube menunjukkan objek misteri itu terbang merentasi langit malam pada kelajuan yang didakwa kumpulan tersebut terlalu perlahan bagi sebuah pesawat.

Bagaimanapun, tidak semua yakin bahawa objek tersebut merupakan UFO, sebaliknya ada yang mengatakan itu mungkin sebuah dron.

“Objek itu bergerak pada kelajuan perlahan, terlalu perlahan untuk sebuah pesawat klasik,” menurut penjelasan UFO Today pada klip video tersebut.

Black triangle merupakan kategori UFO yang digambarkan sebagai besar, senyap, berbentuk segi tiga, berwarna hitam dan terbang pada altitud rendah merentasi bandar-bandar dan lebuh raya. – Agensi

Sumber – kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *