Kurang Minum Air Berisiko Sebabkan Tekanan Darah Rendah

Pernah tak anda merasa seperti hendak pitam atau pening kepala semasa hendak bangun dari duduk yang terlalu lama? Tahu tak kenapa? Selalunya orang ramai akan mengendahkan sahaja bila situasi ini berlaku kerana menganggap ianya hanyalah satu kebiasaan.

Tapi tahukah anda, hal ini mampu mengundang risiko yang berkemungkinan anda akan menghidapi tekanan darah rendah ataupun hipotensi. Kebiasaannya kita hanya dengar tentang penyakit darah tinggi sahaja kan, tetapi tekanan darah rendah juga merbahaya kerana penghidapnya boleh pengsan dengan tiba-tiba.

Secara umumnya gejala hipotensi ini akan berlaku tanpa mengira jantina dan juga usia. Akan tetapi, penyakit ini bukanlah suatu penyakit yang boleh membawa maut. Ada juga orang yang mengatakan tekanan darah rendah ini terjadi disebabkan oleh kekurangan nutrisi makanan dalam badan. Namun, penyebab utamanya adalah makanan yang telah diproses sehingga menyebabkan nutrisinya hilang.

Antara punca tekanan darah rendah / hipotensi

1. Dehidrasi

Dehidrasi ini biasanya terjadi apabila tubuh badan kurang mendapatkan air. Jika perkara ini dibiarkan ianya boleh menyebabkan seseorang itu mendapat tekanan darah rendah. Mereka akan merasa sakit kepala, pening dan pitam.

2. Pendarahan

Jika berlaku pendarahan akibat dari pembedahan ataupun kemalangan yang menyebabkan kekurangan darah ini juga punca terjadinya tekanan darah rendah. Jika berlaku pendarahan berterusan segeralah pergi berjumpa dengan doktor.

3. Otot Jantung Lemah

Orang yang mengalami otot jantung lemah ini mempunyai risiko besar untuk mendapat tekanan darah rendah. Ini kerana otot jantung yang lemah akan gagal mengepam darah.

4. Pembuluh Drah Tersumbat.

Jika pembuluh darah tersumbat maka jaringan yang ditugaskan untuk menghantar isyarat ke jantung juga akan turut terkesan. Ini akan menyebabkan tugas jantung terganggu dan boleh menyebabkan tekanak darah rendah.

Makanan yang boleh dimakan untuk megelakkan anda dari terkena tekanan darah rendah;

Air Mineral

Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk menaikkan tekanan darah semula dan mengelakkan badan terhidrasi.

Bayam

Kandungan kalium yang tinggi dan sodium yang rendah didalam sayur bayam ini sangat bermanfaat bagi orang yang mengalami masalah tekana darah rendah dan dapat membantu melancarkan darah.

Daging Ayam

Tubuh badan manusia memang memerlukan zat protein untuk membangunkan sel terutamanya sel didalam pembuluh darah. Jadi dengan memakan protein haiwan dikatakan boleh membantu meningkatkan tekanan darah.

Kekacang

Masukkan kacang buncis, kacang merah, kacang botol ataupun kacang hijau dalam menu harian untuk menaikkan kembali tekanan darah. Ia juga sangat bagus untuk sistem pencernaan manusia.

Apapun kami sarankan supaya segera mendapatkan rawatan di hospital jika anda mengalami gejala-gejala seperti ini. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *