Kursus jumpa dengan makhluk asing ditawarkan di Universiti Turki

ANTALYA – TURKI. Sebuah universiti di Turki menawarkan kursus ‘ufology’ dan ‘exopolitics’ dalam kurikulumnya sebagai persediaan kemungkinan berjumpa dengan makhluk asing.

Menurut laporan Hurriyet Daily News, Timbalan Pengerusi Pusat Penyelidikan UFO Sirius dan pensyarah, Erhan Kolbaşı mengatakan manusia mungkin berjumpa dengan makhluk asing ‘dalam tempoh 10 hingga 15 tahun di hadapan’.

“Kami percaya wakil dari dunia dan tamadun luar akan memulakan hubungan dalam masa terdekat,” kata Kolbaşı.

Erhan Kolbaşı
Selain itu, Kolbaşı mengatakan beberapa kumpulan tertentu di dunia cuba ‘mengehadkan dan menyimpan maklumat mengenai makhluk asing’.

Kolbaşı mendakwa teknologi wayar optik fiber, mikrocip dan peralatan kalis peluru adalah ‘sumbangan dari UFO yang terhempas di bumi’.

Bercakap mengenai exopolitik, Kolbaşı mengatakan kurikulum terbaru di universiti berkenaan akan memberi fokus kepada maklumat dan metodologi, sejarah makhluk asing, persediaan untuk hubungan dan hubungan diplomatik dalam galaksi.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *