Letupan bom di Syria 8 maut dan 16 cedera dalam bas

BEIRUT: Letupan bom mengorbankan lapan orang dan mencederakan 16 lagi dalam bas di Homs semalam, lapor media yang memetik kenyataan pihak berkuasa kesihatan bandar raya itu.

Daesh mendakwa melancarkan serangan, berkata letupan meragut nyawa 11 anggota tentera Syria, lapor agensi berita rasmi militan, AMAQ.

Ramai penumpang bas berkenaan adalah pelajar universiti, kata Gabenor Homs, Talal Barazi, kepada Ikhbariya TV. Letupan menggegarkan bandar raya di daerah Akrama berhampiran Universiti al-Baath.

Rakaman menunjukkan orang ramai mengerumuni kenderaan yang rentung di tengah jalan.

Laporan televisyen menyatakan ‘sebutir bom yang diletakkan dalam bas penumpang meletup’.

Militan Daesh mendakwa bertanggungjawab di atas serangan serupa di Homs Mei lalu, apabila bom kereta membunuh empat orang dan mencederakan 32 lagi.

Siri serangan bom menggegarkan bandar raya yang dikuasai kerajaan di Syria tahun ini, termasuk di Damsyik. – Reuters

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *