Mahasiswa perlu ubah sikap untuk dapat peluang kerja

Kadar pengangguran di kalangan mahasiswa di negara ini semakin bertambah. Tetapi, apa punca sebenarnya? Adakah sebab tiada peluang pekerjaan yang cukup pada mahasiswa atau sebenarnya sikap mahasiswa terlalu memilih kerja?

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan akui, peningkatan penganggutan di kalangan mahasiswa disebabkan sikap mereka yang terlalu memilih pekerjaan.

Kebanyakkan mahasiswa bukan tidak mendapat pekerjaan atau sebarang tawaran kerja sebaliknya mereka mencari kerjaya mengikut minat mereka. Untuk elakkan diri dari terus menjadi penganggur, mahasiswa perlu ubah sikap mereka itu sendiri.

1. Tunjuk Sikap Negatif Tak Suka Dengan Kerja Mereka

Datuk Shamsuddin mendedahkan mahasiswa sekarang terlalu bersikap negatif jika kerja yang ditawarkan kepada mereka itu bukan minat atau pilihan mereka.

Mahasiswa akan menunjukkan sikap tidak berminat dalam membuat kerja, tidak bersungguh-sungguh dan tidak bersemangat dalam melakukan perkerjaan yang diminta.

Disebabkan hal itu juga mahasiswa hanya bertahan untuk bekerja di sesuatu syarikat dalam tempoh yang singkat. Mereka lebih rela berhenti kerja dari melakukan kerja yang tidak kena dengan minat dan pilihan mereka.

2.Bersifat Tak Realistik! Graduan Perlu Dapatkan Pengalaman Dahulu Sebelum Minta Gaji Tinggi

Baru sahaja menerima tawaran kerja ada antara graduan mula ‘demand’ gaji tinggi dan kadang kala meminta sesuatu yang tidak realistik pada syarikat.

Contohnya, mereka mahu gaji yang tiinggi tetapi mahu lakukan kerja mudah dan tidak mahu lakukan kerja labih masa. Bila diminta belajar dari bawah untuk mendapatkan pengalaman mereka tidak mahu dan menyifatkan kerja dari bawah bukan sepatutnya dilakukan oleh mereka.

3. Tak Nak Kerja Berat, Ada Degree Fikir Nak Kerja Sedap Sahaja!

Kebanyakkan, mahasiswa yang ada degree hanya membayangkan akan mendapat kerja dalam pejabat, memakai kolar putih, duduk dalam bilik berhawa diingin. Jadi mereka memang tidak mahu melakukan sebarang kerja berat sebab ada degree nak buat kerja senang sahaja.

4. Buktinya, 400,000 Graduan Di Malaysia Masih Menganggur

Menteri Sumber manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem memaklumkan kerajaan sedang berusaha untuk membantu lebih 400,000 orang penganggur di negara ini untuk mendapatkan peluang pekerja.

Apapun, perkara ini tidak akan membantu jika hanya dilakukan oleh satu pihak. Mahasiswa sepatutnya ubah sikap mereka itu untuk menerima segala tawaran kerja yang diberikan.

Walaupun tidak berminat dengan tawaran kerja yang diberikan, mahasiswa jadikan setiap perkara itu sebagai salah satu pengalaman untuk berjaya dalam kerjaya, jangan disebabkan tidak berminat sanggup menganggur di rumah dan mengharapkan ibubapa untuk menanggung hidup anda.

Sebenarnya tidak salah jika mahasiswa yang mempunyai degree untuk bermula dari bawah dalam memperolehi pengalaman dan jangan terlalu berharap sudah mempunyai degree boleh terus berada di atas. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *