Mahathir adalah bapa segala TOL..

Pembangkang sebenarnya tidak mempunyai pendirian tetap dalam membuat keputusan, kata Presiden UMNO yang juga merangkap sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, pembangkang sering memutar belit dan melakukan pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Sebagai contoh, kata Najib, dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), pembangkang sehingga hari ini, masih tidak sepakat mengenai keputusan menerima sistem cukai itu.

“Ada yang kata GST diterima tapi sifar cukai dan terbaru, Lim Guan Eng pula mintak separuh-separuh diberi kepada Kerajaan Pulau Pinang.

“Ada pulak pendapat, nak kembali kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” kata Najib.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Putra (PWTC), semalam.

Sedangkan hakikatnya, beliau berkata, GST yang didakwa pembangkang membebankan itu menjadi penyelamat ekonomi negara kerana tanpa kutipan GST RM41 bilion, bagaimana negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata, satu lagi pembohongan yang dilakukan pembangkang adalah tentang pemansuhan tol yang diputuskan dalam Bajet 2018.

Beliau berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) bersetuju memansuhkan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor.

Namun, katanya, ia dipesong oleh pembangkang yang sering mengkritik usaha kerajaan BN.

“Malangnya, usaha murni kita ini sekali lagi dipesong oleh pembangkang, yang mendakwa, pemansuhan tol ini menambahkan beban rakyat. Pulak dah, satu lagi pembohongan. “Sedangkan dulu, bukankah Mahathir itu ‘Bapa-Segala-Tol’,” bidasnya. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *