Majalah Singapura iktiraf kebiadapan Siti Kassim

Rasanya seluruh rakyat Malaysia mengenali siapa peguam, Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim yang sering mencetuskan kontroversi dengan kebiadapannya berhubung isu yang menyentuh sensitiviti keagamaan sebelum ini.

Namun baru-baru ini, Siti Kasim menarik perhatian apabila menjadi wanita pertama yang memenangi Anugerah Lelaki Tahun 2017 oleh AugustMan.

Dalam satu kenyataan AugustMan, mereka menyatakan bahawa Siti Kasim sememangnya layak untuk menerima anugerah tersebut walaupun sedar bahawa peguam kontroversi itu ialah seorang wanita.

Malah, majalah keluaran Singapura itu memuji Siti Kasim sebagai seseorang yang telah menunjukkan kecekalan yang lebih menyerlah berbanding dengan kebanyakan kaum lelaki.

AugustMan mengumumkan, “Bagi kami, Siti Kasim ialah kuasa bintang fenomena sosial dimana kecantikannya terbit dari keganasannya dalam menegakkan pendirian miliknya atau ketika membela orang lain, demi kebenaran, dalam bentuk yang berilmiah dan dengan hujah.”

Augustman diterbitkan secara bulanan dan dimiliki oleh Burda Singapore Pte. Ltd. dan merupakan anak syarikat kepada konglomerat media Jerman, Hubert Burda Media dan mula diterbitkan pada 2006.

Sebelum ini, peguam kontroversi itu pernah mencetuskan kekecohan apabila memuat naik kenyataan di laman sosial Facebooknya yang menyimpang dan menyesatkan mengenai ibadah korban.

Siti Kasim dalam catatan Facebook 1 September lalu menyentuh mengenai ribuan haiwan yang disembelih atas nama Tuhan sempena Aidiladha dan berkata korban bukan salah satu rukum Islam.

Beliau berkata Quran tidak menyatakan Tuhan memerintahkan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya, dan Al-Quran tidak pernah menyatakan mimpi itu daripada Tuhan.

Malah, kata beliau, mimpi Nabi Ibrahim itu adalah bisikan syaitan.

Selain itu, Siti Kasim juga pernah mencetuskan kontroversi apabila menyentuh sensitiviti keagamaan dengan mendakwa Tuhan dihasilkan dari getaran dalam diri seseorang.

Susulan itu, seorang pendakwah menyifatkan dakwaan Siti Kasim itu boleh menyebabkan beliau jatuh murtad dan kafir. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *