Makanan Sunnah Buat Wanita Arab Kekal Cantik

Pasti ramai diantara kita yang terpegun dengan kecantikan wanita Arab kan. Memang tak disangkal cantiknya kulit yang putih gebu, hidung yang mancung serta mempunyai bentuk mata dan bibir yang kelihatan sempurna disebalik hijap yang menutupi wajah mereka itu.

Kalau nak tau wanita Arab hanya mengamalkan 6 makanan sunnah ini untuk menjaga kecantikan meraka.

1. Bunga Saffron

Bunga safron ini merupakan agen pencerahan kulit yang paling terbaik, jadi tak hairan lah kenapa masakan mereka juga kebanyakkannya menggunakan bunga ini.

2. Minyak Zaitun

Minyak zaitun memang diketahui mempunyai banyak khasiat yang salah satunya adalah untuk meremajakan kulit dan menjadikan kulit wajah semakin halus dan lembut. Disebabkan itulah, semua produk kecantikan mesti mengandungi minyak zaitun.

3. Pati Delima

Buah delima angat baik untuk kesihatan dalaman manusia. Ia dikatakan mampu mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, tahap kolestrol tinggi dalam badan dan juga obesiti. Pati delima juga sangat berkesan untuk menurunkan paras gula ke tahap normal.

4. Cuka Tamar / Cuka Epal

 

Cuka ini sangat berkesan untuk sistem pencernaan. Jika mempunyai masalah sembelit, cuba amalkan makan sesudu cuka ini pasti melegakan. Bahan ini juga akan memastikan sumber makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak dapat dipecahkan dengan sempurna.

5. Habbatussauda / Jintan Hitam

Habbatussauda kini lebih mudah didapati dalam bentuk pil, biji ataupun minyak. Tetapi sebaiknya elakkan daripada memakan minyak habbatussauda dengan madu kerana minyak akan me-neutralkan khasiat yang terdapat dalam madu itu.

6. Madu

Madu juga berfungsi untuk melambatkan proses penuaan dan mengekalkan kelembapan kulit.

Mulai dari harini boleh lah tambahkan mana-mana makanan diatas untuk dapatkan kulit yang cantik. Jom kita cuba sama-sama mana tau boleh mengalahkan puteri Arab ke kann. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *