Marvel Akan Wujudkan Superhero Dari Korea?

Disebabkan carta box office Korea Selatan menunjukkan perkembangan setiap tahun, dan juga mempunyai peminat setia untuk filem superhero, Marvel mendedahkan yang mereka telah merancang untuk memasukkan seorang superhero Korea dalam filem mereka yang akan datang.

Oleh itu, studio filem Marvel berminat untuk menarik perhatian penonton Korea dengan membawa pelakon-pelakon Korea ke dalam filem superhero mereka.

Malah, berita itu juga telah disahkan sendiri oleh Ketua Editor Marvel, C.B. Cebulski yang mengatakan kita semua mungkin boleh melihat ‘superhero Korea’ dalam masa terdekat ini.

Jadi, itu sudah terbukti yang akan ada pelakon Korea yang bakal menjadi superhero Korea pertama yang dapat membintangi filem Marvel. Terdapat juga khabar angin mengatakan beberapa pelakon Korea telah menjadi perhatian studio besar Hollywood.

Wah, jika ia benar-benar berlaku, ia adalah hasil dari kejayaan terbesar carta box office Korea Selatan, sehingga berjaya membuatkan Marvel berminat untuk membuatkan penonton Korea lebih berminat untuk menonton filem mereka dengan mencipta watak superhero Korea Selatan.

Lagi pula, ini bukanlah kali pertama bintang Korea Selatan dipertimbangkan untuk berlakon dalam filem Marvel. Tapi, yang menjadi persoalan kini, siapa pelakon atau idol Kpop yang sesuai untuk melakonkan watak superhero Marvel? –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *