Masker Manjakani Untuk Buang Kulit Mati Dan Rawat Luka Jerawat

Buah manjakani sangat terkenal dikalangan orang permpuan. Ia juga telah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ini kerana biji manjakani itu sendiri mempunyai 1001 khasiat yang sangat baik untuk wanita.

Tapi pernah tak anda semua dengar yang biji manjakani ni boleh dibuat masker. Ia juga dikatakan sangat mujarab untuk merawat kulit muka yang bermasalah. Mengikut satu perkongsian yang telah dibuat oleh Puan Sahira Lim ini, masker homemade ini hanya menggunakan 3 bahan sahaja dan cara pembuatannya juga teramatlan mudah.

Bahan-bahan yang digunakan ialah;

5 – 8 biji manjakani
Minyak zaitun
Secawan air putih

 

Cara penyediaanya pula;

Mula-mula tumbuk biji manjakani, tak kisah lah gred apa pun yang penting manjakani. Kemudian masukkan kedalam mesin pengisar untuk mendapatkan tekstur yang paling halus.

Keluar dan campurkan bersama sedikit minyak zaitun. Tambahkan sedikit air dan gaulkan sehingga menjadi seperti pes. Sapukan pada wajah dan tunggu selama 5 hingga ke 15 minit ataupun sehingga kering. Bilas wajah dengan air suam dan gosok-gosok untuk dijadikan scrub muka.

*Gambar sebelum dan selepas mengamalkan masker manjakani homemade

Masker buatan sendiri ini boleh membantu anda merawat kulit kusam, kulit berjerawat, kulit tona tidak sekata, jerawat bernanah, blackhead dan juga hilangkan kesan parut jerawat.

Khasiat biji manjakani ini juga berupaya mengecilkan pori-pori di wajah anda sekaligus membuatkan kulit wajah lembut sehalus kulit bayi.

Minyak zaitunya pula, sangat bagus untuk merawat luka-luka kesan jerawat dan mengekalkan kelembapan kulit wajah anda.

Selamat mencuba ye! –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *