Mawar Rashid Pertahankan Diri Berhubung Isu Menari

Awal bulan Disember lalu, telah berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan pelakon drama ‘Suamiku Paling Sweet’, Mawar Rashid dengan Raden Ahmad Faizal Datuk Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob dalam acara serba mewah seperti perkahwinan di-Raja.

Menerusi video yang dikongsi oleh pelakon Uqasha Senrose, pada malam majlis itu, Mawar telah membuat satu persembahan tarian untuk suaminya. Namun, perbuatan Mawar menari di hadapan suaminya itu telah mendapat kritikan teruk dari netizen.

Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan Mawar menari di hadapan suaminya dan juga tetamu lain di majlis perkahwinannya seperti itu kerana menganggap perbuatan Mawar itu terlalu mengikut budaya barat.

Namun, menurut laporan akhbar tempatan, Mawar mengatakan yang tetap dengan pendiriannya yang perbuatannya menari di hadapan suaminya pada malam itu tidak salah kerana niatnya hanya ingin meraikan hari bahagianya dan membuat tetamu berasa gembira.

Malah, Mawar juga sebenarnya sudah lama memasang niat ingin menari di majlis perkahwinannya, jadi, setiap langkah itu telah Mawar reka sendiri mengikut kesesuaian tanpa sebarang gerakan yang berunsurkan seksual.

Oleh itu, Mawar mahupun Raf tetap pertahankan pendirian mereka dan memilih untuk tidak mengendahkan segala kritikan yang netizen berikan pada mereka. Betul juga, kalau lihat video itu tiada pun sebarang aksi yang tidak sopan, malah Mawar kelihatan comel sahaja menari di hadapan suaminya.

Tidak mengapalah Mawar, biasalah netizen ada sahaja benda yang buatkan mereka terlebih ‘prihatin’, abaikan sahaja. Apapun, semoga perkahwinan Mawar dan Raf berkekalan sehingga ke Jannah. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *