Messenger Kids aplikasi untuk kanak-kanak 13 tahun ke bawah

LAMAN sosial Facebook melancarkan aplikasi perbualan untuk kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah iaitu Messenger Kids.

Menurut laporan The Guardian, aplikasi tersebut adalah percuma dan perlu mendapat kebenaran ibu bapa pengguna sebelum ia boleh digunakan.

Messenger Kids disasar untuk menarik perhatian ibu bapa yang mahukan ruang komunikasi selamat dengan kawalan dan fungsi mesra kanak-kanak, selain kandungan yang dipantau.

 

Messenger Kids juga menawarkan sistem tapisan keselamatan untuk memastikan pengguna tidak memuat naik bahan-bahan yang tidak sepatutnya.

Aplikasi berkenaan yang boleh digunakan dari sebuah tablet atau telefon pintar juga boleh dikawal melalui akaun Facebook ibu bapa pengguna.

Disebabkan kanak-kanak berusia 13 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan mendaftar akaun Facebook, Messenger Kids dijangka menyediakan alternatif komunikasi lanjtuan dari akaun Facebook ibu bapa pengguna.

Selain tidak mengandungi sebarang iklan atau transaksi atas talian, Facebook mengatakan maklumat pengguna kanak-kanak tidak akan digunakan untuk tujuan pengiklanan.

Jika pengguna mencapai usia melebihi 13 tahun, Facebook akan menaik taraf akaun mereka kepada akaun Facebook dewasa dan membuka fungsi Messenger sepenuhnya.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *