Murid sindrom down, bisu dituduh seorang pengganas hanya kerana beragama islam

Polis menerima panggilan daripada guru wanita di Pearland, Texas, mendakwa dia bimbang salah seorang muridnya yang menghidap penyakit Sindrom Down dan bisu adalah seorang pengganas hanya kerana dia beragama Islam.

Memetik Mirror, difahamkan, Mohammed Suleiman, 6, didakwa berulang kali menyebut nama ‘Allah’ dan ‘boom’ di dalam kelas, menyebabkan dia disoal siasat polis dan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak.

Bagaimanapun, ibu bapa kanak-kanak itu menafikannya kerana Mohammed memiliki mentaliti budak berusia 1 tahun dan tiada kemampuan untuk bercakap.

“Tuduhan itu tidak benar kerana dia bisu,” bapa Mohammed, Maher Suleiman berkata kepada Fox News 26.

Walaupun nama keluarga itu sudah bersih dari tuduhan terbabit aktiviti pengganas, ia tetap memberi kesan dalam hidup mereka.

“Inilah dugaan paling besar dalam hidup saya selama empat minggu ini.

“Beberapa hari lalu, saya maklumkan kepada keluarga yang ‘semuanya baik-baik sahaja’,” katanya.

Kini, selepas apa yang berlaku, mereka terasa seperti hidup mereka didiskriminasi.

“Tuduhannya itu sangat tidak berasas kerana dia mendakwa anak saya seorang pengganas. Ini satu tindakan diskriminasi,” tambahnya.

Polis mengesahkan tiada sebab untuk pihaknya terus terbabit dalam kes itu, namun siasatan masih diteruskan pihak Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak.

Pihak sekolah bagaimanapun enggan mendedahkan nama guru terbabit atas alasan undang-undang privasi. – CARI

Sumber – cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *