Muzik Video Lagu ‘Abang Nak Tegur’ Paling Mewah Di Malaysia?

Meskipun dihujani dengan pelbagai kritikan dan mendapat banyak ‘dislike’ pada lirik video lagu terbaru gandingan di antara dua usahawan kosmetik Malaysia, Datuk Aliff Syukri dan Nur Sajat yang bertajuk ‘Abang Nak Tegur’ itu tetap telah mendapat tontonan sebanyak lebih dari 2 juta orang di YouTube.

Seperti yang semua ketahui, Datuk Aliff pernah mengatakan yang muzik video lagunya itu akan dilakukan di luar negara dan baru-baru ini menerusi akaun Instagram, Datuk Aliff dan Sajat kini kelihatan sedang sibuk menyiapkan muzik video lagu mereka itu.

Dan, yang pastinya, lokasi penggambaran muzik video itu juga bukan sebarangan kerana menurut caption Datuk Aliff, muzik video arahan Yusry KRU itu akan diadakan di tiga negara berbeza dan ia juga dikatakan bakal menjadi muzik video paling termahal di Malaysia.

Wah, bukan calang-calang tahu, walaupun mendapat kecaman, banyak dislike dan terpaksa berhadapan dengan cuaca yang teramat sejuk di luar negara tetapi itu semua tetap tidak mematahkan semangat Datuk Aliff dan Sajat untuk menghasilkan muzik video mereka.

Pasti meletop-letop muzik video ‘Abang Nak Tegur’ itu nanti. Bertambah meletop bila Sajat dikatakan akan menari dalam muzik video itu. Pasti bertambah-tambah rasa tidak sabar netizen menanti muzik video terlajak mahal di Malaysia itu keluar. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *