Nelo Vingada letak jawatan sebagai Ketua Jurulatih Malaysia.

Ketua Jurulatih Skuad Bolasepak Kebangsaan Negara, Nelo Vingada hari ini secara rasminya meletakkan jawatan beliau secara serta merta.

Turut sama meletakkan jawatan ialah Penolong Jurulatih Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Jurulatih Kecergasan skuad Harimau Malaya iaitu Francisco Jose Bruto Da Costa.

Dalam kenyataan rasmi beliau yang disiarkan oleh laman web FAM, Nelo Vingada menyatakan keputusan tersebut telah dipersetujui oleh Presiden FAM, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Vingada berkata beliau bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan yang semakin merudum.

Beliau turut berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar, dan meluahkan rasa bertuah kerana diberi peluang untuk bersama dengan skuad kebangsaan walaupun dalam tempoh yang singkat. – Utaranews.com

NELO VINGADA RESIGNS AS NATIONAL HEAD COACH

After discussions with the President of the Football Association of Malaysia (FAM), HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, I take responsibility for the performance of the national team.

With this sense of responsibility, I hereby announce to relinquish my position as national head coach with immediate effect and the Tunku President himself has also accepted my decision.

I would also like to inform that my two assistants that I brought along, Joao Arnaldo Correia De Carvalho and Francisco Jose Bruto Da Costa have also resigned from their respective positions as national assistant coach and national fitness coach respectively.

Finally, I like to take this opportunity to hope and pray for Malaysian football to shine again and that I was proud to be part of Malaysian football in this relatively short period of time.

Nelo Vingada

Head Coach of Malaysia National Team

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *