Netizen Labelkan Nabila Razali Sebagai Artis Sendu

Jika sebelum ini nama Nabila Razali mungkin agak kurang dikenali dari segi nyanyian mahupun lakonan, tetapi, sejak kontroversi mengenai hubungan ‘cinta’nya dengan pelakon Aedy Ashraf tular, nama Nabila mula mendapat perhatian netizen.

Bermula dengan gosip bercinta dengan Aedy, dan video menangis di Instagram, semua itu benar-benar membuatkan netizen percaya yang Nabila sedang bercinta dengan pelakon kacak itu. Namun, rupanya itu semua hanyalah gimik untuk mempromosikan lagu terbaru Nabila yang bertajuk, ‘Pematah Hati.’

Tidak dinafikan yang gimik ‘percintaan’ itu berjaya kerana muzik video lagu itu telah menjadi trending dan ditonton lebih dari 2 juta kali di YouTube. Meskipun begitu,  masih ada segelintir netizen yang tetap berasa kurang berpuas hati dengan gimik pemasaran Nabila itu.

Selepas netizen mengetahui yang kontorversi ‘percintaan’ Nabila dan Aedy yang tular itu hanyalah satu gimik, netizen bertindak mengecam Nabila mengatakan Nabila sengaja gunakan publisiti murahan seperti itu untuk buatkan dirinya menjadi terkenal.

Menurut komen-komen netizen di Twitter, Nabila sejak menyertai satu pertandingan nyanyian sudah diketahui tidak boleh menyanyi dan sebab itu dia perlu gunakan gimik seperti itu supaya lagu ‘Pematah Hati’ itu menjadi terkenal dan ramai orang akan mendengarnya.

Eh, betul ke Nabila tidak boleh menyanyi seperti yang netizen katakan? Ada juga netizen katakan yang suara Nabila sedap dalam lagu itu disebabkan oleh ‘auto-tune’, walhal, suaranya bila menyanyi live tidak sama seperti yang dalam rakaman. 

Tapi, kalau tengok nyanyian Nabila dalam rancangan MeleTop semalam memang agak kurang sama tetapi mungkin sebab Nabila dikatakan kurang sihat. Kita fikir positif. Apapun, walaupun, dikecam teruk, muzik video ‘Pematah Hati’ itu tetap meletop-letop. Kalau tidak, tak akan lah jumlah tontonannya boleh mencecah 2.4 juta. Hebat tau!

Isu gimik, kontroversi itu biasalah tambah zaman sekarang ini. Artis sanggup lakukan apa sahaja, cipta apa sahaja kontorversi supaya nama mereka lebih dikenali netizen berbanding bakat mereka. Jom, layan lagu ‘Pematah Hati’ versi live nyanyian Nabila Razali dalam rancangan MeleTop semalam.  –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *