Overweight Dan Obesiti Adalah Dua Keadaan Yang Berbeza

Tahukah anda, obesiti dan overweight adalah dua perkara yang berbeza. Menurut dokter overweight atau berat badan berlebihan bermaksud dimana berat badan seseorang itu telah melebihi dari piawaian biasa, manakala obesiti pula adalah terjadinya lemak berlebihan dalam badan.

Berat badan berlebihan boleh terjadi di mana-mana sahaja seperti di otot, tulang ataupun di bahagian organ-organ penting di dalam badan manusia. Contohnya seperti ahli bina badan, mereka mempunyai berat badan yang melebihi daripada standard normal dari usia mereka. Namun, pertambahan berat badan terebut adalah disebabkan otot yang membesar.

Individu yang mempunyai berat badan 10 – 20 peratus melebihi standard normal akan disebut sebagai overweight (berat badan berlebihan), seperti yang ditakrifkan oleh Body Mass Index (BMI) iaitu satu kaedah pengukuran ketinggian/berat badan.

Sementara itu, individu yang berat badannya 20% atau lebih dari standard normal, maka individu tersebut akan dianggap mengalami obesiti. Obesiti juga dikatakan apabila berat badan seseorang itu lebih dari 100kg dan BMI-nya lebih daripada 40kg/m2 pula akan dianggap sebagai obesiti yang tidak sihat.

Cara mengukur BMI pula adalah dengan membahagi berat badan dengan jumlah ketinggian. Selain itu, BMI juga boleh digunakan untuk menentukan risiko seseorang itu daripada terkena penyakit tertentu.

Penyebab utama yang mempengaruhi berat badan berlebihan adalah ketidakseimbangan antara kalori yang dihasilkan dengan jumlaj kalori yang dibakar. Contohnya seperti, jika anda makan terlalu banyak tetapi tidak melakukan sebarang aktiviti. Maka tiada langsung pembakaran kalori yang telah dibuat.

Pada dasarnya, obesiti dan berat badan berlebihan adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan berat seseornang itu lebih besar daripada kebiasaanya. Istilah ini juga adalah untuk mengenalpasti jarak berat badan yang dapat meningkatkan kemungkinan penyakit tertentu, seperti diabetis, penyakit jantung, hipertensi dan lain-lain. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *