Pakatan akan bawa banyak mudarat jika tawan Putrajaya

Baru-baru ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dikatakan menjadi calon sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Cadangan tersebut dikatakan dibuat ketika pemimpin Pakatan Harapan mengadakan pemukiman dua hari di Putrajaya Jumaat lalu.

Walaubagaimanapun, Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata Wan Azizah sebenarnya tiada dalam senarai pencalonan itu, sebaliknya yang dicalonkan adalah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Hanya nama Mahathir dan Azmin diletakkan dalam pencalonan sebagai PM. Sangat pelik.

“Mengapa hanya 2 nama ini? Dan dua-dua nama ini sudah cukup banyak sejarah korupsinya,” katanya menerusi di laman sosial Facebooknya.

Malah, beliau juga mempertikaikan taktik politik yang dimainkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dalam pencalonan Perdana Menteri bayangan Pakatan Harapan tersebut.

“Apakah Mat Sabu, Kit Siang tak nampak permainan ini?

“Moga Pakatan tidak berjaya tawan putrajaya. Lebih banyak mudharat daripada maslahat,” katanya.

Sementara itu, aktivis PSM, Muhamad Harris Nasril pula berkata taktik pakatan pembangkang menghebah-hebahkan nama Mahathir dan Wan Azizah hanya taktik ‘smoke screen’ sepertimana plot menukar Menteri Besar (MB) Selangor melalui ‘Kajang Move’ empat tahun lepas.

“2014 di Selangor, rancangan PKR adalah untuk menukar MB dengan Azmin Ali. Mereka gunakan Kajang Move sebagai ‘smoke screen’ dengan mencalonkan Azizah sebagai MB.

“Walaupun ADUN Pakatan menyokong Azizah, hakikatnya rakyat kebanyakan menentangmya kerana Azizah tiada aura dan ketokohan.

“Mereka sengaja meletakkan Azizah, yang sebenarnya cuma umpan, yang kemudian bila ditentang, mereka naikkanlah nama Azmin. Tiba-tiba semua jadi setuju. SD (akuan bersumpah) ADUN-ADUN yang mahu Azizah jadi MB dibakulsampahkan begitu sahaja,” katanya.

Katanya, ‘Pemukiman PH’ yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 1 dan 2 Disember lalu, dalam mencalonkan PM adalah sekadar peniruan taktik ‘Kajang Move’ yang dilakukan DAP dan PKR sebelum ini.

“Saya fikir taktik sama diguna pakai dalam kes calon PM Pakatan Harapan. Bila ramai yang menentang Mahathir jadi PM, nama Azmin kemudian akan dicalonkan. Semua kelak akan setuju.

“Padahal, sebenarnya memang Azmin yang mereka mahu calonkan. Mahathir digunakan sebagai ‘smoke screen’. Azmin itu pun memang kita tahu sebenarnya adalah “anak angkat” Mahathir,” katanya. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *