Pakatan tak ada calon berkaliber untuk jadi PM

Nampaknya Pakatan Harapan tiada calon lain yang lebih berkaliber sehingga terpaksa mencadangkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan yang mencadangkan Mahathir sebagai calon perdana menteri jika pakatan pembangkang itu menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pada masa yang sama, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pula dicalonkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata Mahathir sudah tidak sesuai dicalonkan untuk jawatan nombor satu negara itu, zaman beliau sudah berakhir.

“Takkan seramai yang ada, Tun Mahathir saja yang layak, bagi saya zaman dia sudah berakhir,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya pakatan pembangkang itu melihat masa hadapan untuk memberi pilihan yang baru pada rakyat malaysia.

Cadangan tersebut dikatakan dibuat ketika pemimpin Pakatan Harapan mengadakan pemukiman dua hari di Putrajaya Jumaat lalu.

Walaubagaimanapun, cadangan ini akan membuat Mahathir gembira kerana beliau sebelum ini pun pernah beberapa kali menawarkan diri dengan menyatakan bahawa beliau berbesar hati untuk kembali menjadi perdana menteri jika menerima sokongan. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *