Pembangkang semakin menjadi-jadi Hina Institusi Di Raja.. – Hishamuddin

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menyelar tindakan pemimpin-pemimpin pembangkang yang sejak akhir-akhir ini dilihat semakin berani menghina institusi Raja-raja Melayu.

Kebiadapan individu-individu didalam pembangkang itu seolah-olah dipersetujui oleh pemimpin tertinggi Pakatan Harapan apabila langsung tiada sebarang kenyataan larangan dibuat oleh mereka.

Hishammuddin turut mengecam perbuatan yang bertentangan dengan perlembagaan negara tersebut sambil menyifatkan pemimpin Pakatan yang melakukan tindakan berkenaan sebagai tidak taat kepada Rukun Negara.

“Mereka heret rakyat jelata untuk tidak lagi menghormati Raja-Raja yang menjadi lambang demokrasi Raja Berperlembagaan di negara ini. Mereka tolak prinsip taat setia kepada Raja seperti disebut dalam Rukun Negara.

“Kita ahli UMNO yang berhimpun di Dewan Merdeka sekali lagi berjanji, akan terus mempertahankan institusi Raja di negara ini. Raja dan rakyat berpisah tiada. Raja dan UMNO juga berpisah tiada,” kata beliau ketika ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini hari ini.

Baru-baru ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim bertindak biadap serta menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ahli DAP itu mempertikaikan ke­bimbangan baginda Sultan Selangor terhadap tindakan pihak-pihak tertentu yang sengaja mengeks­plotitasi isu kaum, agama dan lain-lain perkara sensitif dalam usaha sokongan pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam satu wawancara, baginda bertitah bahawa tindakan seumpama itu dilihat akan mele­takkan negara ke arah kehancuran yang mana isu tersebut sentiasa menjadi perkara yang dibincang serta dibimbangkan oleh sembilan raja-raja Melayu di negara ini.

Malah, dalam wawancara tersebut juga, baginda turut menegur Pengerusi Pakatan iaitu Mahathir, yang sebelum ini menghina etnik Bugis selain menyifatkan bekas Perdana Menteri itu merupakan seorang pemimpin yang memiliki perasaan kebencian mendalam dalam dirinya.

Zaid kemudiannya dengan bongkak mengkritik baginda Sultan didalam laman sosial Twitter peribadinya sambil mengingatkan agar baginda berhati-hati dengan apa yang di titahkan.

“Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-ka­tanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar,” dakwa Zaid.

Tindakan Zaid tersebut adalah jelas satu cubaan untuk menafikan peranan raja-raja Melayu. Beliau secara terang-terangan telah menunjukkan sikap angkuh dan membelakangkan perlembagaan demi kepentingan politik pembangkang. – UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *