Pembantu rumah warga Indonesia ditahan siar pornografi kanak-kanak secara live

Pembantu rumah warga Indonesia di North Point ditahan kerana menyiarkan pornografi kanak-kanak secara live.

Wanita berusia 28 tahun itu dilaporkan merakam aksi tiga orang budak tanpa seurat benang yang sedang dimandikannya.

Sumber South China Morning Post mengatakan, dia juga gemar merakam swafoto dengan kanak-kanak berusia antara tujuh hingga lapan tahun tersebut dan memuat naiknya di media sosial.

Walau bagaimanapun rakaman berdurasi 17 minit itu telah pun ditarik semula.

Menerusi rakaman, dapat dilihat kanak-kanak terbabit bertanya sama ada pembantu rumah tersebut sedang merakam video. Walaupun diminta untuk berhenti, wanita terbabit enggan melakukannya.

Jurucakap polis memberitahu, dia ditahan oleh pasukan siasatan Eastern District atas tuduhan menghasilkan bahan lucah kanak-kanak.

Pengerusi Persatuan Agensi Pekerjaan Hong Kong, Cheung Kit-man berkata, pembantu rumah tersebut mungkin tidak menyedari bahawa perbuatannya telah melanggar undang-undang. –

Sumber – cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *