Pembaziran air di P.Pinang bukan berpunca dari rakyat

Kerajaan DAP Pulau Pinang yang di bawah pimpinan Lim Guan Eng lebih suka melihat rakyatnya terseksa dan menderita daripada memikirkan cara untuk menyenangkan rakyat. Itulah cara DAP ‘menjaga’ kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Sebelum menang, DAP menaburkan pelbagai janji kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Tapi selepas DAP berjaya menawan negeri Pulau Pinang, lihat apa yang jadi dengan nasib rakyat negeri Pulau Pinang sekarang. Menjalani kehidupan harian dengan pelbagai tekanan yang diberikan oleh kerajaan negeri.

Sejak parti DAP mengambil alih negeri Pulau Pinang daripada kerajaan sebelum ini iaitu Barisan Nasional (BN), rakyat negeri itu dibebani dengan pelbagai kenaikan cukai yang jelas tidak munasabah.

Buktinya apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang pada April lalu mengumumkan bakal menaikkan surcaj pemuliharaan air (SPA) bagi penggunaan domestik dengan alasan tidak masuk akal kononnya untuk menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat negeri itu.

Ketua Menteri negeri itu berkata SPA dinaikkan daripada 48 sen kepada RM1 bagi setiap 1,000 liter air untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan adalah langkah terakhir kerajaan mengurangkan pembaziran air di negeri itu.

Kadar baru SPA ini dikatakan bakal dilaksanakan pada penghujung tahun ini. Untuk rekod sepanjang pentadbiran DAP selama sembilan tahun, kerajaan negeri telah menaikkan kadar SPA sebanyak tiga kali dan kali terakhir ia dilakukan pada 2015.

Walaubagaimanapun, tindakan kerajaan negeri menaikkan SPA ini sebenarnya hanya membebankan rakyat. Sepatutnya kerajaan negeri memikirkan cara lebih baik iaitu dengan menambah baik infrastruktur air bagi mengurangkan pembaziran, bukannya menambah beban rakyat dengan kenaikkan ini.

Ini kerana kegagalan membaik pulih infrastruktur itu sebenarnya menjadi punca pembaziran air di Pulau Pinang. Jadi, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sepatutnya berusaha mendapatkan peruntukan bagi menggantikan paip-paip lama yang sudah rosak.

Cukup-cukuplah rakyat negeri Pulau Mutiara itu terseksa dengan sikap penting diri dan rakus Kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini yang tidak pernah memikirkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat negeri itu. Jangan menambah beban rakyat negeri itu dengan kenaikan ini yang jelas tidak masuk akal. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *