Peminat Drama Korea Pasti Tertunggu ‘Are You Even Human’

Industri drama Korea atau lebih dikenali sebagai K-drama bakal mengeluarkan drama AL (Artificial Intelligence) pertama di Korea Selatan yang bertajuk ‘Are You Even Human’.

Menurut produser drama itu, robot AL kini bukan imaginasi kerana tidak lama lagi, mereka akan hidup diantara kita. Oleh itu, drama ‘Are You Even Human’ ini sangat diperlukan untuk semua manusia kerana ia akan memberikan kegembiraan dan penyesalan kepada penonton.

Dan itu juga akan membuatkan drama ‘Are You Even Human’ menjadi K-drama pertama yang akan menyiarkan jalan cerita mengenai interaksi di antara AL dan juga manusia.

‘Are You Even Human’ menceritakan mengenai Oh Ro-Ra seorang pihak berkuasa untuk sains otak dan AL yang telah mencipta android untuk mengantikan anaknya yang koma selepas kemalangan.

Malah, drama itu juga telah mendapat respond positif dari peminat K-drama yang ternyata sudah tidak sabar untuk menyaksikan drama 18 episod itu keluar pada tahun hadapan.

Sementara itu, drama ‘Are You Even Human’ itu turut dibintangi oleh Seo Kang Joon (Nam Shin/ Android Nam Shin III), Kong Seung-Yeon (Kang So-Bong), Lee Joon-Hyuk (Ji Young-Hoon), Park Hwan-Hee (Seo Ye-Na), Kim Sung-Ryoung (Oh Ro-Ra) dan ramai lagi. –utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *