Peminat Minta Gambar Bogel Uqasha Senrose

Pelakon Uqasha Senrose telah berkongsi satu ‘screenshot’ DM yang peminat hantar kepadanya melalui instastory untuk menunjukkan yang masih ada lagai manusia yang tidak beradab seperti peminatnya itu dalam dunia ini.

Dalam DM itu, peminat itu telah bertindak mengugut Uqasha supaya memberikan dia gambar bogel Uqasha dan dia berjanji akan berhenti menulis komen-komen negative di ruangan komen gambar pelakon ‘Hero Seorang Cinderella’ itu.

Namun, bukan itu sahaja, peminat itu juga mengatakan sekiranya Uqasha enggan memberikan gambar bogelnya, peminat itu malah mengugut yang dia akan mengodam akaun Instagram Uqasha. Aduh, macam-macam betul perangai manusia zaman sekarang ini.

Namun, kejadian seperti itu bukan hanya terjadi kepada Uqasha tetapi sebelum ini beberapa artis lain seperti Rozita Che Wan, Fizz Fairuz, Shukri Yahyaa dan Sufian Suhaimi turut pernah menjadi mangsa ugutan seperti itu.

Pasti itu adalah satu pengalaman yang paling ngeri untuk Uqasha, kerana tiada perempuan yang tidak akan berasa selamat selepas menerima mesej berbaur lucah seperti itu. Tambahan pula, dia dihantar oleh individu yang tidak dikenali.

Harap Uqasha akan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis supaya individu yang tidak bertanggungjawab itu boleh ditangkap dan diberikan hukuman yang setimpal. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *