Pengundi cina harus buat keputusan demi kestabilan negara

Pakatan Harapan sanggup buat apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan yang dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Malah mereka ini sanggup memburuk-burukkan negara sendiri hingga ke luar negara, asalkan nafsu politik mereka dapat dilampiaskan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan yang disertai DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dikatakan bergantung kepada sokongan kira-kira 80 peratus daripada kaum Cina.

Walaubagaimanapun, kini dikatakan wujud kempen merosakkan undi sedang berlegar di kalangan beberapa media sosial berbahasa Cina. Kempen tersebut dikatakan untuk menghancurkan pakatan pembangkang yang memerlukan jumlah pengundi tinggi untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Kempen merosakkan undi ini dilihat kaum Cina sudah semakin bosan, tidak percayai dan tidak berpuas hati dengan pembangkang yang gemar bercakap besar dan menabur pelbagai janji manis namunnya hasilnya tiada.

Buktinya boleh dilihat terutamanya di negeri Pulau Pinang dan Selangor yang di bawah pemerintahan pembangkang. Pembangkang gagal dan tidak professional dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat.

Selain itu, kempen undi rosak ini juga dikatakan boleh menjejaskan peluang pakatan pembangkang di banyak kerusi Parlimen dan negeri. Malah, kesan daripada kempen ini juga boleh merebak dengan pantas dalam kalangan masyarakat Cina sekali gus mempengaruhi undi mereka pada PRU14 akan datang.

Adakah kempen tersebut akan mengurangkan kadar keluar undi terhadap Pakatan Harapan? Apabila perkara itu berlaku, adakah ia boleh menjejaskan peluang pakatan pembangkang untuk menang PRU14 nanti?

Jika diimbas kembali pada PRU13, prestasi ketiga-tiga komponen Barisan Nasional (BN) itu iaitu MCA, Gerakan dan MIC merundum teruk. Ini ekoran slogan ‘Ubah! Ini Kalilah’ memberi kesan besar terutama dalam kalangan pengundi muda Cina.

Analisis memperlihatkan kira-kira 80 peratus pengundi Cina di kawasan bandar lebih berpihak kepada DAP dan sekutunya pada pilihan raya itu.

Jadi, adakah tsunami pengundi Cina akan berlaku pada PRU14? Adakah kali ini tsunami itu akan berpihak kepada BN? Ini boleh berlaku. Ini kerana kaum Cina yang merupakan penyokong besar pakatan pembangkang dilihat telah mula tidak percayai dengan kepimpinan pakatan itu.

Walau apa pun, kaum Cina di negara ini dinasihati perlu bijak memilih parti yang benar-benar dapat membela nasib serta kebajikan kaum itu secara keseluruhannya. Bukannya memilih parti yang hanya mahu menang undi sahaja, namun kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya tidak dijaga. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *