Penjenayah guna tahi anjing sebagai senjata rompak bank

MEROMPAK gunakan senjata api biasa kita dengar, tapi lain pula ceritanya yang berlaku di Spanish Port City di Cartagena, apabila sekumpulan penjenayah menggunakan tahi anjing sebagai senjata untuk melakukan rompakan di sebuah bank.

Modus operandi mereka ialah dengan membuat kecoh supaya dapat memancing pengarah bank agar keluar dari biliknya.

Salah seorang dari penjenayah tersebut bertindak meletakkan tahi anjing di sebelah pintu masuk bank, manakala seorang lagi menimbulkan kekecohan tentang kehadiran tahi anjing itu.

Pada waktu itu, penjenayah yang lain pula menyelinap masuk ke dalam bilik apabila pengarah bank keluar dari biliknya untuk menyelesaikan kekecohan yang sengaja ditimbulkan.

Menurut keterangan polis yang mengendalikan kes, pengarah bank meninggalkan biliknya apabila mendengar jeritan salah seorang suspek,

“Jijiknya, mana pergi tukang cuci? Sangat memalukan, adakah kamu tak buat kerja?”

Pada masa yang sama, rakan jenayah yang lain masuk ke bilik pengarah dan mengambil segala benda berharga sebelum masing-masing meninggalkan bank berkenaan secara berasingan.

Jenayah terancang ini sangat unik di mana kumpulan penjenayah ini yang terdiri daripada 5 orang dari negara Colombia, Mexico dan Cuba dengan penampilan berbeza menyamar sebagai pelanggan untuk mengelirukan orang ramai dan pekerja bank.

Ada yang berpakaian seperti pegawai dengan memakai kemeja dan tali leher, seorang lagi memakai baju sukan serta bertopi besbol, ada yang kelihatan seperti wanita, seorang pesara dan seorang lagi berambut panjang yang diikat seperti ekor kuda.

Kesemua mereka berpura-pura saling tidak mengenali antara satu sama lain.

Polis mengesahkan bahawa kelima-lima suspek yang berusia antara 21 hingga 61 itu kini sudah ditangkap.

Mereka merupakan penjenayah yang dikehendaki kerana tuduhan melakukan 15 jenayah di seluruh Sepanyol.

Sumber – rotipisang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *