Penyakit kanser bukan berpunca dari aircond kereta

Pernah dengar tentang pesanan buka tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa?

Jika menghidupkan pendingin hawa dan tidak membuka tingkap, perkara itu akan menyebabkan peralatan-peralatan dalam kereta membebaskan bahan beracun yang boleh menyebabkan kanser, keguguran dan kesan lain.

Disebabkan hal itu, ramai orang yang mula mengikuti langkah-langkah membuka tingkap kereta terlebih dahulu sebaik masuk kereta untuk mencegah diri dari menghidap penyakit kanser.

Walaupun begitu, seorang pakar kereta telah menafikan dakwaan itu. Memang suhu tinggi akan menyebabkan peralatan dalam kereta membebaskan bahan kimia tertentu, tetapi tiada laporan yang melaporkan bahan kimia dalam kereta menyebabkan kanser.

“Tiada laporan saintifik yang menunjukkan bahan kimia yang dibebaskan dalam kereta akan menyebabkan kanser.

“Walaupun demikian, perbezaan suhu secara mendadak dalam kereta mungkin akan menyebabkan sesetengah orang berasa tidak selesa,” kata pakar kereta terbabit.

Malah, Persatuan Kanser Amerika Syarikat juga telah membuat kajian dan mendedahkan benzene yang ditemui dalam kereta berpunca dari bahan api, bukan dari peralatan dalam kereta seperti sofa dan alat meter.

Benzene sering kali dikaitkan dengan penyakit leukemia, tetapi masih tiada bukti yang kukuh menunjukkan tahap benzene dalam kenderaan mampu menyebabkan penyakit terbabit. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *