Penyakit lupa boleh berpunca dari makanan

Penyakit lupa ini sering dikaitkan dengan lanjut usia. Tetapi, terdapat ramai anak muda juga mudah lupa. Sebenarnya, sesetengah makanan boleh menjadi punca untuk menjadikan seorang itu pelupa.

Oleh itu, adalah lebih baik jika kita lebih berhati-hati dan mengelakkan diri dari makan makanan yang boleh menyebabkan lupa. Ini antara beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan.

1. Makan Kepala Ikan

Kepala ikan ini antara makanan kegemaran semua orang, walaupun anda menggemari makanan kepala ikan ini sebenarnya ia adalah makanan yang kurang baik untuk kesihatan kerana pada bahagian kepala ikan ini terkumpulnya toksin.

2. Makan Organ Dalam Binatang

Makan organ dalam bintang juga boleh menyebabkan lupa. Organ dalaman seperti hati, limpa, jantung, perut dan seumpamanya. Melainkan jika anda makan dengan nasihat dari doktor untuk tujuan kesihatan.

3. Makan makanan tercemar

Makan makanan terdedah seperti sudah dihinggapi semut. Semut adalah binatang yang dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.

4. Makan Berlebihan

Jangan ingat makan secara berlebihan tidak memberi apa-apa kesan pada tubuh badan, selain boleh menyebabkan tubuh badan naik, ia juga boleh mengundang penyakit mudah lupa. Sebab itu selalu kita dengar nasihat makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

5. Makan Berselang Air

Jangan makan berselang dengan air, selesai makan baru minum air. Tetapi, itu tidak bermakna boleh minum air dengan banyak, cukuplah minum air secara berpada-pada.

Apapun, dalam Islam amalan membaca Al-Quran dikatakan dapat menyelesaikan masalah pelupa. Sentiasalah amalkan membaca Al-Quran, tubuh badan dan akal fikiran adalah anugerah dan amanah daripada Allah s.w.t jadi hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *