Penyokong taksub parti Bunga berpolitik hingga depan Kaabah

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah berpesan kepada rakan-rakannya dalam Kabinet supaya tidak berpolitik ketika beribadat di Tanah Suci.

“Saya ingatkan rakan-rakan politik saya, oleh kerana waktu (melakukan ibadah) wukuf singkat.

“Kalau kita artis, kalau penyanyi, kalau politik, guna masa singkat dekatkan diri dengan Allah dan jangan bersembang.

“Gunakan waktu singkat untuk ibadah dan membaca buku-buku doa yang terbaik,” kata Zahid yang juga merupakan Naib Presiden UMNO yang sedang menjalankan tugas Timbalan Presiden dalam satu kenyataan.

Namun bagaimanapun, penyokong taksub Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau lebih dikenali Parti Bunga ini telah menunjukkan contoh yang tidak baik apabila sanggup berpolitik sehingga di depan Kaabah.

Ini dapat dilihat melalui gambar di atas di mana penyokong parti yang diterajui bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu yang turut memakai baju berlogokan parti itu membelakangkan Kaabah sambil berdoa.

Dek kerana terlampau mahu berpolitik sehingga hilang adab bila berada di Tanah Suci. Sepatutnya bila berada di Tanah Suci, melakukan ibadat dengan bersungguh-sungguh dan seikhlasnya. Bukannya sibuk berpolitik tidak kira masa dan tempat.

Begitu juga bila berada dihadapan Kaabah, berdoa mengadapnya bukan membelakangnya. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *