Perbalahan terbuka Google tegas sekat YouTube dari dua peranti Amazon.com Inc

CALIFORNIA: Perbalahan terbuka dalam industri teknologi memuncak semalam apabila enjin pencarian Google menegaskan akan menyekat aplikasi siaran videonya, YouTube, daripada dua peranti Amazon.com Inc dan mengkritik peruncit atas talian berkenaan kerana tidak menjual perkakasan Google.

Perbalahan itu adalah yang terbaru di Lembah Silikon yang meletakkan pelanggan di persimpangan pesaing terkemuka.

Amazon dan Google, yang dimiliki Alphabet Inc, bersaing dalam banyak bidang, daripada pengkomputeran dan pencarian atas talian, kepada penjualan peralatan dikawal suara seperti Google Home dan Amazon Echo Show.

Pertaruhannya tinggi kerana ramai pakar dalam industri teknologi menjangkakan interkasi dengan komputer menerusi suara akan meningkat, dan tidak dapat dipastikan sama ada Amazon, Google atau syarikat lain akan menguasai ruang itu.

Peralatan dikawal suara Amazon mengatasi jualan Google setakat ini, menurut kajian dibuat firma penyelidikan, eMarketer dari awal tahun ini.

Dalam kenyataannya, Google berkata: “Amazon tidak menjual produk Google seperti Chromecast dan Google Home, tidak membuatkan Prime Videonya ada untuk pengguna Google Cast, dan bulan lalu berhenti menjual beberapa produk terbaru Nest’s, salah satu syarikat berkaitan kami.

“Disebabkan itu, kami tidak lagi menyokong YouTube dalam Echo Show dan Fire TV. Kami berharap dapat mencapai persetujuan menyelesaikan isu ini.”

Sementara itu, Amazon, dalam kenyataan berkata Google mengecewakan dengan menyekat akses pelanggan kepada laman web terbuka. – Reuters

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *